Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.
Apa khabar semua? cuaca di taiping panas sekali..namun air hujan tetap ada juga membasahi bumi ini,Alhamdulillah.
Apabila bercinta pastinya kita mengharapkan percintaan kita bahagia dan kekal ke akhir hayat.betol x?orang yang kita rasa dia lah pasangan yang ideal..dia la yg memberi kita bahagia,dia la insan yg berkongsi suka duka. Namun takdir menentukan segalanya, bukan semua yang kita harapkan berjaya kita perolehi. Kadang kala walau kita salah,setia dan bahagia,pasti ada gelora yang melanda... cinta yang terhalang amat sukar untuk mencapai kebahagiaan ke akhir garisan. Terlalu banyak ranjau yang menyukarkan sesuatu perhubungan itu berkembang.korang pernah alami cinta terlarang?erm ssh bkn?seperti saya yang tak mahu cinta yang tak direstui,baik hentikan semuanye..mencegah lebih baik dari mengubati..walaupon sukar,but dia memeri kesan yang positive kepada kita untuk kita mara ke depan....Pedih…pastinya apabila sesuatu perhubungan itu ditamatkan tanpa kerelaan ia akan menjadi perit dan pedih.saya ingin berkonsi pendapat apabila saya putus cinta...
Apa yang perlu kita semua fahami, cinta tidak semestinya saling memiliki. Cinta adalah kebahagiaan. Andai dengan melepaskan dia insan kesayangan hati kita ini, dia akan dapat semula kasih sayang dari keluarga dan orang sekelilingnya...jadi,saya lepaskan lah dia dengan ikhlas.kenapa saya lepaskan dia bergitu jew?ini jawapan nye..:: Andai dengan bersama kita dia akan dibuang keluarga dan semua mata akan mengecam terhadap perhubungan.bahagiakah kita bila ini yang akan berlaku??maka perpisahan adalah jalan terbaik.:::
saya tanamkan dalan jiwa saya supaya jangan ada dendam.tak kira dendam terhadap dia atau orang sekelilinya.. Relakan pemergiannya.hati kita kan sensara jika teringat-ingat kat dia..
sekurang-kurangnya saya boleh berbangga kerana melakukan itu demi dia insan yang amat saya sayangi.saya yakin dia pon pasti tidak akan pernah melupakans aya sebagaimana saya sentiasa menyayanginya.hidup perlu di teruskan..jadikan ia sebagai pengalaman dan pengajaran buat kita.jangan resah dan terlalu kecewa kerana kita semua tahu andai tertulis suatu hari nanti memang jodoh bersamanya, pasti Allah menemukan jalan baru agar kasih kamu bertaut kembali bersamanya nanti.saya sentiasa berdoa diberikan pasagan yang akan menjadi imam kepada saya dan anank-anak saya kelak.insyaallah :)terima kasih kepada keluarga yang sentiasa memberi semangat kepada saya...terima kasih kawan-kawan yang memberi senyuman semula pada saya..saya tahu dan yakin ALLAH sudah aturkan kehidupan kita semua ini dengan baik..wallahu'alam..doa untuk kita semua