Cuteki ecards

Wednesday, March 7, 2012

sombong??katakan tidak!!

assalamualaikum ^^

sombong,berlagak selalu jugak kita lemparkan pada orang yang kurang senang di mata kita semua kan...selalunye orang yang sombong nie di tujukan pada owang yang cantik,lawa,pandai,kedudukan tinggi,putih,kaya,,,kesian golongan-golongan ini..kadang kala xsmua dari mereka ini sombong...owang yang xcantik,xkaya nie knpa tidak di klas kan mereka sombong..ini kerana mereka nie xde kelebihan untuk tunjuk pada owang len..jangan menilai pada luaran.semua manusia sama sahaja..smua ciptaan ALLAH S.W.T.manusia yang kurang bijak berfikir sahaja akan mempunyai sifat sombong ini....namun bagi wanita yang menjaga aurat dan menjaga batas pergaulan..mereka ini mempunyai sifat permalu untuk bertegur insan yang bukan muhrimnye dan bukan la itu di nama kan sombong..salah tafsiran tu...so mari kita betul kan dan mari sama-sama memahami hadis berkaitan sifat sombong ini..moga-moga kita tidak digolongkan dengan kalangan ini...aminn





Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tidak akan masuk syurga, siapa yang di dalam hatinya terdapat seberat zarah kesombongan.” Maka seseorang berkata: “Bagaimana dengan seseorang yang suka memakai baju dan selipar yang cantik?” Maka berkata Rasulullah: Sesungguhnya Allah itu maha indah dan cinta pada keindahan (maksudnya, pakaian indah tidak selalu bererti kesombongan). Alkibr (kesombongan) itu adalah menolak kebenaran dan memandang rendah remeh orang lain.” – (Hadis riwayat Muslim)
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tiga golongan yang tidak ditegur Allah, tidak disucikan, dan tidak diperhatikanNya kelak di hari kiamat, dan mendapat seksa yang pedih iaitu: orang tua yang tetap berzina, penguasa (pemimpin) yang dusta, dan fakir yang sombong.” – (Hadis riwayat Muslim)
Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadisnya bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa merasa dirinya besar, atau angkuh dalam berjalan, dia akan berjumpa dengan Allah dalam keadaan Allah murka kepadanya.” – (Hadis riwayat Muslim)
AlSurah al-Qashash; ayat 83; Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: “Negeri Akhirat itu (kebahagiannya dan keni’matannya) Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak menyombongkan diri dan tidak berbuat kerosakan di muka bumi.
Surah Luqman; ayat 18; Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri.”

Copyright© All Rights Reserved ieza-mis.blogspot.com>