Cuteki ecards

Saturday, February 11, 2012

sepanas Colombo sedingin Malaysia

percintaan...
setiap insan dianugerahkan dengan satu perasaan cinta..cinta...apa itu cinta???cinta kepada siapa???untuk apa cinta diberi???bagaimana cinta berlaku???layak kah kita menerima cinta??semua bermain dia setiap kotak pemekiran setiap manusia..cinta kepada ALLAH cinta yang KEKAL ABADI...
cinta sesama manusia:apabila dua insan bertemu..menjadikan satu titik permulaan perhubungan.mengenal hati budi masing-masing,mengenali keluarga,mengambil hati orang tua,meghormati adik beradik pasangan itu sendiri sudah menjadi atu lumrah dalam proses membentuk satu hubungan yg kukuh.
banyak yang harus dikorbankan..masa,duit,tenaga..namun belom tentu dia milik kite
...ia kerana jodoh itu rahsia ALLAH.
Di alam percintaan sememangnya memerlukan kata-kata yang manis..berjanji untuk sehidup semati..setia tiada yang lain..janji demi janji dituturkan..angan-angan untuk membina kehidupan bersama-sama..punyai rumah,anak-anak..dan menyusuri hari-hari tua..ohhh sungguh indah di buai mimpi.akan tetapi bila ombok melanda..hubungan mudah hanyut dan terus dibawa arus yang deras..tengelam!!ahh mudah cinta itu hilang ~~bila mula timbul cinta yang baru,berputik semula bunga-bunga cinta.bau haruman yang sunguh menyegarkan .itu tandanye cinta yang baru lebih mendamaikan dari sebelum itu..luka-luka yang lama di matikan..di hidupkan yang baru supaya tidak menjadi hamba cinta kerana cinta kepada manusia akan berselih ganti..tiada paksaan,tiada pengkhianatan,tiada perampas..hati akan mudah runtuh jika ia tidak di jaga dengan baik.bermula episod baru dengan pasangan yang baru ia pasti akan menjaga dengan lebih baik..apa yang dilalui akan di jadikan satu pengajaran dan bukan satu kekesalan.namun yang harum akan busuk,yang enak  akan basi yang indah akan pudar.namun masih boleh ditangani dangan pelbagai cara..untuk elakan busuk,sentiasa menyergarkan dengan bermacam-macam haruman.jika takut basi,jangan lupa panaskan ia..jika takut pudar,warnakanlah ia..bergitulah juga hubungan yang sedang dijalinkan.ia datang tanpa diundang,namun jangan pergi sebelum diminta.jangan dibenci seseorang itu..adakalanya ia mungkin jodoh kita dan jangan  berharap yang kita suka jadi milik kita


Cinta yang dirisik memberi satu harapan bilA ia muncul.membina semula apa yang runtuh.
Bangun dengan seribu harapan.menyedari cinta yang datang ini bukan cinta main-main.ia bukan janji,tetapi kepastiaan.adakalanya tekanan,cemburu,salah faham menjadi adat dalam hubungan ini.namun ia sentiasa bersabar dengan apa yang di lakukan.kesabaran!!
memang ia bergitu penting.andai sabar tiada..tiada cinta ini.unik~~ia boleh mengambarkan bergitu unik cinta ini.telah lama berjumpa tetapi belum diketemukan empat pasang mata ini..pernah terfikir mengapa tidak ditemukan sebelum ini??alangkah bahagia jika sudah lama menjalin kasih dengannya..kembali reality..ia sudah ditetapkan..sudah diaturkan..sudah dijanjikan olehNYA

dijaga dengan rapi..di beri perhatian seperti anak kecil...kadang-kadang dilayan bagaikan puteri..tetapi ada masanya di kawal seolah-olah seorang banduan..ohhh mengapa hati ini cepat berperansangka jahat???jauhi la sifat-sifat ini..bila hati,jasad.nyawa mula berjauhan dengan kekasih telah timbul perasaan yang kurang enak.ada saja yang tidak kena.apa yang difikirksn salah ditafsirkan.perkara yang kecil diperbesar-besarkan..mengapa semua ini terjadi???

 adakah hati ini sepanas Colombo apabila si dia jauh dari ku???jika tiada khabar dari hati ini mula gelisah..berfikir cinta yang di tinggal di Malaysia..bermcam-macam difikirkan..yang buruk saja diminda ini..kadang—kadang rasa diri ini tidak dihargai bila jarang berhubung. sibuk dengan urusan masing-masing.kurang mendengar suara.. adakah menpunyai penganti diri ini???walhal,hati di Malaysia sentiasa berharap kekasihnya di Colombo segera pulang.
Kembali ke Malaysia???itu yang diharapnya supaya tiada lagi keraguaan di hati ini.
Dinginnya cinta Malaysia sehinggakan dapat meredupkan kepanasan di Colombo ini.akan tetapi dingin ini juga membuatkan hubungan itu menjadi tidak tentu arahnya.dek kerana dingin..ia xdapat menerima hidup berjauhan,xdapat nak bg kebebasan..xdapat nak beri peluang berdikari...
Walaupun alatan cangih,berpeluang untuk berhubung satu sama lain namun ia tetap lain..
Perkahwinan yang amat diharapkan setiap pasangan.bukan untuk sehari dua,sebulan,setahun tetapi untuk ke bawa ke SYURGA.INSYAALLAH..dengan izin ALLAH semua yang kita rancang akan di makbulkan..AMINN


Buat jodohku,terimalah diri ini yang banyak  kekerungan dengan seadaanya..untuk  jodohku pula,aku bersyukur dengan kehadiran dirimu dan agar berharap kamu dapt menjadi imam kepadaku dan anak-anak  supaya kami tidak mudah terpedaya dengan duniawi..



*happy 4 bulan ye...merindui mu satu kemestiaan.mencintaimu satu kepastiaan walaupun jarak  yang  jauh...

 

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved ieza-mis.blogspot.com>