Cuteki ecards

Wednesday, March 7, 2012

sombong??katakan tidak!!

assalamualaikum ^^

sombong,berlagak selalu jugak kita lemparkan pada orang yang kurang senang di mata kita semua kan...selalunye orang yang sombong nie di tujukan pada owang yang cantik,lawa,pandai,kedudukan tinggi,putih,kaya,,,kesian golongan-golongan ini..kadang kala xsmua dari mereka ini sombong...owang yang xcantik,xkaya nie knpa tidak di klas kan mereka sombong..ini kerana mereka nie xde kelebihan untuk tunjuk pada owang len..jangan menilai pada luaran.semua manusia sama sahaja..smua ciptaan ALLAH S.W.T.manusia yang kurang bijak berfikir sahaja akan mempunyai sifat sombong ini....namun bagi wanita yang menjaga aurat dan menjaga batas pergaulan..mereka ini mempunyai sifat permalu untuk bertegur insan yang bukan muhrimnye dan bukan la itu di nama kan sombong..salah tafsiran tu...so mari kita betul kan dan mari sama-sama memahami hadis berkaitan sifat sombong ini..moga-moga kita tidak digolongkan dengan kalangan ini...aminn





Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tidak akan masuk syurga, siapa yang di dalam hatinya terdapat seberat zarah kesombongan.” Maka seseorang berkata: “Bagaimana dengan seseorang yang suka memakai baju dan selipar yang cantik?” Maka berkata Rasulullah: Sesungguhnya Allah itu maha indah dan cinta pada keindahan (maksudnya, pakaian indah tidak selalu bererti kesombongan). Alkibr (kesombongan) itu adalah menolak kebenaran dan memandang rendah remeh orang lain.” – (Hadis riwayat Muslim)
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tiga golongan yang tidak ditegur Allah, tidak disucikan, dan tidak diperhatikanNya kelak di hari kiamat, dan mendapat seksa yang pedih iaitu: orang tua yang tetap berzina, penguasa (pemimpin) yang dusta, dan fakir yang sombong.” – (Hadis riwayat Muslim)
Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadisnya bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa merasa dirinya besar, atau angkuh dalam berjalan, dia akan berjumpa dengan Allah dalam keadaan Allah murka kepadanya.” – (Hadis riwayat Muslim)
AlSurah al-Qashash; ayat 83; Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: “Negeri Akhirat itu (kebahagiannya dan keni’matannya) Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak menyombongkan diri dan tidak berbuat kerosakan di muka bumi.
Surah Luqman; ayat 18; Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri.”

Tuesday, March 6, 2012

anton tang

anton tang::cute and funny DANBO cardboard box toy robots art..dlm mengisi masa  lapang yang ada nie saja-saja wat satu cerita berdasarkan pic robots yang cute nie..jom layan...

babak
♥satu♥
awak
+
saya
babak
dua♥               
alone

&
alone too
babak
♥tiga♥
mengharap ada cinta
*upss*
berharap cinta diterima

keluar bersama
babak 
empat
cinta diberi
@
cinta diterima
=
togerher....
tapi banyak perbezaan antara kita

awk suka minuman panas
ohhh!!!!
saya suka minuman sejuk

awk suka makan biskut

uh!!!!!
saya lak suka roti

but..awk keja keras..nk bhgiakan saya
awk ada saya untuk ringankan beban awk...

hidup kita bahagia...lau boleh saya nak mcm nie gak nanty..cuba awk kira ada berapa orang anak::::awk jgn berpeluh ok!!!!



                                                   ♥ezzafaiz♥

sport day OSC(The Overseas School of Colombo)

assalamualaikum..
~gred 1~
salam 1 Malaysia.agak bz dua-tiga menjak nie..mcm2 bnda nak wat.so xsempt la nk coret kt blog nie..kali nie nk tunjuk pada korang sedikit suasana sukan kat skol abg haziq nie...ala mcm sukaneka jew..hadiahpon xde piala-piala.permainan pula terbahagi kepada beberapa jeniss.etiap rumah sukan perlu mengumpul mata sebanyak yang boleh atas hasil permainan yang ada lebih kurang 2o minit..selepas itu,pasukan rumah ini akan bertukar permainan yang lain yang sebelum nya pasukan lain telah bermain.bergitu la setrusnya....konsep nye untuk bg budak2 nie enjoy jew...
nie paling budak-budak suka..men air
huhu..best
giliran haziq..caiyok!!
smile...
fuhh!!
nie rumah sukan yang lain
nie paling haziq suka..bola sepak
goallll
bola keranjang
haziq hebat
uppss sempat snap lak.

nie la adiah nye..semua dapat mcm nie..adil kan
cograt abg haziq....






Thursday, February 23, 2012

sahabat VS kekasih

assalamuailaikum..
mood hari nie nak tulis pasal sahabat vs berkasih..kenapa ek pilih tajuk nie??coz pengalaman...pengalaman telah meletakan diri ini ke tempat yg sepatutnya kite jejak dari dulu..tanpa pengalaman,kita tidak tahu di mana silap kita..tanpa pengalaman kita tak tahu arah tuju kita..tanpa pengalaman hidup kita tak berwarna..tidak kirala pengalaman kita sendiri atau pengalaman orang lain..yang pasti pengalaman itu satu yang indah jika kita ambik ia sebagai satu pengajaran dalam hidup.namun..ade juga pengalaman yang pahit untuk di ingat.akan tetapi pengalaman yang pahit telah membuka 1001 jalan untuk kita lebih berani untuk menghidupkan semua perjalanan kita..untuk mencorakan semula kisah kita..sahabat vs kekasih..bukan nak cerita tentang memilih sahabat atau kekasih..sebaliknya  boleh ka sahabat bertukar sebagai kekasih???
sahabat:emm seorang yang istimewa.hadir ketika diri inginkan pertolongan..perlukan pendapat.sahabat juga dapat meringankan rasa beban dibahu..menjadi pendengar yang setia..menjadi penasihat yang utama..bila dua insan lelaki dan perempuan bersahabat..tentu akan timbul 1 perasaan yang lain.perasan suka,sayang,cinta..ahhh..semua tu pemainan perasaan..tetapi kita tidak boleh melawan perasaan yang datang..mana boleh tolak rasa sayang pada sahabat yang sentiasa menjadi pendorong untuk berlajar.menjadi penyokong setia ketika kita bertanding..menjadi patner dalam siapkan kerja berkumpulan..siapa dapat tepis perasaan itu??bait-bait cinta mula mekar...bait-bait rindu mula menebal dalam diri..boleh kew sahabat bertukar jadi kekasih.rasanya sukar bila persabahatan yang akrab menjadi kekasih..kenapa ek??coz bila sahabat:kita bebas melakukan apa sahaja tanpa ade sahabat itu sendiri marah..kita boleh berkawan dengan sesiapa pon xsiapa hendak cemburu..namun bila sahabat bertukar menjadi kekasih..ia akan sedikit mencalarkan persahabatan itu sendiri...knpa??kerana diri sudah mula berasa tidak selesa..tidak lagi berasa bebas.terikat dengan orang yang kita cintai...sahabat sukar untuk bertukar manjadi kekasih..keranan sahabat mempunyai ciri yanng sama dengan kita..sebab itu la boleh menjadi sahabat..tetapi kekasih..mempunyai perbezaan sebab tu timbul rasa ingin bersamanya...
mungkin sebab itu la pengalaman yang ada pada diri ini cukup kuat menyatakan sahabat tak dapat menjadikan ia sebagai seorang kekasih.gelak tawa bersama-sama.apa yang dilaku kan pasti bersma-sama.xpi semua nya musnah bila melafazkan kata cinta kepada sahabat..tidak pernah lupa apabila si dia berpesan kepada aku'berkawan lebih baik dari bercinta'..bila cinta di tolak persahabatan yang di jalinan pasti akan goyah..mula timbul  rasa segan..rasa tidak lagi mahu bersahabat dengan nya tidak mahu bertemu dengan nya..tidak lagi timbul kemesraan seorang sahabat..ini semua kerana sudah ada rasa malu..malu kerana sahabat telah menoak cintanya..bagaimana nak teruskan hari-hari yang kan datang??setiap hari akan bertemu..namun seperti ada satu tembok yang menghalang persahabatan ini terjalin semula sediakala..
mungkin akan ada orang yang kan menyakal apa yang aku ingin sampaikan..hak masing-masing..ada juga yang bersahabat dari kecil sehingga la mereka ke alam perkahwinan.itu tidak dinafikan..xpi bg aku sahabat adalah sahabat..sahabat tidak boleh menjadi kekasih
akan tetapi kekasih boleh menjadi sahabat kepada kekasih mereka..ini kerana kekasih akan menjadi sahabat yang sejati apabila mereka telah di ijabkabulkan..mereka akan hidup bersama..bersama untuk harungi hidup..pada masa itu,kekasih ini lah yang akan mencuba menjadi seorang sahabat yang akan mengalas semua bebenan pasangannya..
kini!!aku dh dewasa...sahabat??terima kasih memberi ruang untuk aku mencari kekasih yang sebenar...
kekasih???terima kasih sebab hadir untuk menjadi sahabat kepada aku kelak....

p/s:andai ada yang nak tmbah apa2 pd tjuk kali nie just letak kat coment tu ok!!ade bnyk idea xpi xmo kluar lak..huhu

Friday, February 17, 2012

keisTimewaAN WaniTA Islam dan ayat KURSI

Kenapa Tak Rogol Saya?

Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Maklum hari sudah lewat. Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan bersaorangan. Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari. Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu

Why dont you do anything to me on that night even though you know that I'm alone??

Perogol tu jawab: No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.?

Saudari ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.


MORAL CERITA INI:

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dan memang Muslimah yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. (Kalau aurat terbuka malaikat pun malas dekat). Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab?selalulah amalkannya. Bayangkan anda seorang yang selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, sambil lewa beribadat. Dapatkah anda mendapat pertolongan sebegini dari Allah? Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi. Di akhirat kelak memang pasti kerana itu janji Allah. Jadi, renungkanlah di mana level ?iman? kita sekarang ini. Wassalam.

Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya [Dari Abdullah bin ?Amr r.a.] 

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan saya.semoga anda semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat.sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA.semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam??.


-----------------------------------------------------------------------------------


Sebarkan kepada rakan-rakan anda :)

❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.


Sumber : Portal Islam Murabbi

Tuesday, February 14, 2012

kahwin awal:mahu atau enggan??


\


 assalamualaikum...
rasanya sekarang isu kawin muda nie makin bnyk lak mendapat sambutan..rasanya pertama kerana nak elak  kan dari maksiat..bila akak lak kawin xlama lagi..so makin xcited lak nak kawin gak..hehehe(gelak gatai)..so dok bincang-bincang gak la dengan my ucuk tentang kawin awal nie..tup-tup dia post kan statment nie..terus rasa berdebar-debar lak..huhu...apa-apa pun meh kite kongsi  untuk dijadikan panduan bersama-sama :))




Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)

Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.

1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?

Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?

2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?

Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam dapat elaun biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin $25 atau $50 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.

Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)

3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?

Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.

Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)

4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?

Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.

Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)

5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?

Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.

6. Macam mana dengan restu ibu bapa?
Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.

Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)
Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.

Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)

Saturday, February 11, 2012

sepanas Colombo sedingin Malaysia

percintaan...
setiap insan dianugerahkan dengan satu perasaan cinta..cinta...apa itu cinta???cinta kepada siapa???untuk apa cinta diberi???bagaimana cinta berlaku???layak kah kita menerima cinta??semua bermain dia setiap kotak pemekiran setiap manusia..cinta kepada ALLAH cinta yang KEKAL ABADI...
cinta sesama manusia:apabila dua insan bertemu..menjadikan satu titik permulaan perhubungan.mengenal hati budi masing-masing,mengenali keluarga,mengambil hati orang tua,meghormati adik beradik pasangan itu sendiri sudah menjadi atu lumrah dalam proses membentuk satu hubungan yg kukuh.
banyak yang harus dikorbankan..masa,duit,tenaga..namun belom tentu dia milik kite
...ia kerana jodoh itu rahsia ALLAH.
Di alam percintaan sememangnya memerlukan kata-kata yang manis..berjanji untuk sehidup semati..setia tiada yang lain..janji demi janji dituturkan..angan-angan untuk membina kehidupan bersama-sama..punyai rumah,anak-anak..dan menyusuri hari-hari tua..ohhh sungguh indah di buai mimpi.akan tetapi bila ombok melanda..hubungan mudah hanyut dan terus dibawa arus yang deras..tengelam!!ahh mudah cinta itu hilang ~~bila mula timbul cinta yang baru,berputik semula bunga-bunga cinta.bau haruman yang sunguh menyegarkan .itu tandanye cinta yang baru lebih mendamaikan dari sebelum itu..luka-luka yang lama di matikan..di hidupkan yang baru supaya tidak menjadi hamba cinta kerana cinta kepada manusia akan berselih ganti..tiada paksaan,tiada pengkhianatan,tiada perampas..hati akan mudah runtuh jika ia tidak di jaga dengan baik.bermula episod baru dengan pasangan yang baru ia pasti akan menjaga dengan lebih baik..apa yang dilalui akan di jadikan satu pengajaran dan bukan satu kekesalan.namun yang harum akan busuk,yang enak  akan basi yang indah akan pudar.namun masih boleh ditangani dangan pelbagai cara..untuk elakan busuk,sentiasa menyergarkan dengan bermacam-macam haruman.jika takut basi,jangan lupa panaskan ia..jika takut pudar,warnakanlah ia..bergitulah juga hubungan yang sedang dijalinkan.ia datang tanpa diundang,namun jangan pergi sebelum diminta.jangan dibenci seseorang itu..adakalanya ia mungkin jodoh kita dan jangan  berharap yang kita suka jadi milik kita


Cinta yang dirisik memberi satu harapan bilA ia muncul.membina semula apa yang runtuh.
Bangun dengan seribu harapan.menyedari cinta yang datang ini bukan cinta main-main.ia bukan janji,tetapi kepastiaan.adakalanya tekanan,cemburu,salah faham menjadi adat dalam hubungan ini.namun ia sentiasa bersabar dengan apa yang di lakukan.kesabaran!!
memang ia bergitu penting.andai sabar tiada..tiada cinta ini.unik~~ia boleh mengambarkan bergitu unik cinta ini.telah lama berjumpa tetapi belum diketemukan empat pasang mata ini..pernah terfikir mengapa tidak ditemukan sebelum ini??alangkah bahagia jika sudah lama menjalin kasih dengannya..kembali reality..ia sudah ditetapkan..sudah diaturkan..sudah dijanjikan olehNYA

dijaga dengan rapi..di beri perhatian seperti anak kecil...kadang-kadang dilayan bagaikan puteri..tetapi ada masanya di kawal seolah-olah seorang banduan..ohhh mengapa hati ini cepat berperansangka jahat???jauhi la sifat-sifat ini..bila hati,jasad.nyawa mula berjauhan dengan kekasih telah timbul perasaan yang kurang enak.ada saja yang tidak kena.apa yang difikirksn salah ditafsirkan.perkara yang kecil diperbesar-besarkan..mengapa semua ini terjadi???

 adakah hati ini sepanas Colombo apabila si dia jauh dari ku???jika tiada khabar dari hati ini mula gelisah..berfikir cinta yang di tinggal di Malaysia..bermcam-macam difikirkan..yang buruk saja diminda ini..kadang—kadang rasa diri ini tidak dihargai bila jarang berhubung. sibuk dengan urusan masing-masing.kurang mendengar suara.. adakah menpunyai penganti diri ini???walhal,hati di Malaysia sentiasa berharap kekasihnya di Colombo segera pulang.
Kembali ke Malaysia???itu yang diharapnya supaya tiada lagi keraguaan di hati ini.
Dinginnya cinta Malaysia sehinggakan dapat meredupkan kepanasan di Colombo ini.akan tetapi dingin ini juga membuatkan hubungan itu menjadi tidak tentu arahnya.dek kerana dingin..ia xdapat menerima hidup berjauhan,xdapat nak bg kebebasan..xdapat nak beri peluang berdikari...
Walaupun alatan cangih,berpeluang untuk berhubung satu sama lain namun ia tetap lain..
Perkahwinan yang amat diharapkan setiap pasangan.bukan untuk sehari dua,sebulan,setahun tetapi untuk ke bawa ke SYURGA.INSYAALLAH..dengan izin ALLAH semua yang kita rancang akan di makbulkan..AMINN


Buat jodohku,terimalah diri ini yang banyak  kekerungan dengan seadaanya..untuk  jodohku pula,aku bersyukur dengan kehadiran dirimu dan agar berharap kamu dapt menjadi imam kepadaku dan anak-anak  supaya kami tidak mudah terpedaya dengan duniawi..



*happy 4 bulan ye...merindui mu satu kemestiaan.mencintaimu satu kepastiaan walaupun jarak  yang  jauh...

 
Copyright© All Rights Reserved ieza-mis.blogspot.com>